Isnin, 26 Oktober 2009

Di mana LeBEST




SMK Lembah Bidong atau sinonim dengan panggilan LeBEST terletak dalam Daerah Setiu. Walaubagaimanapun jarak sekolah ini lebih dekat dengan bandar Kuala Terengganu iaitu 32 km berbanding bandar Pemaisuri yang menjadi pusat pentadbiran daerah iaitu lebih kurang 45 km.

LeBEST terletak di bentuk mukabumi yang bertanah pamah dan landai kerana berhampiran dengan Laut Cina Selatan. Dikelilingi hampir 70% hutan pantai yang terdiri dari pokok-pokok gelam, ru, mengkuang laut, dan jambu laut yang sentiasa subur dan malar hijau. Oleh kerana berhampiran pantai maka tanih di LeBEST adalah berjenis beris dan berpasir.

LeBEST berada di Longitud 102 59' 12.15" dan Latitud 5 30' 21.79" dan mendapat tiupan angin Monsun Timur Laut setiap tahun. Terletak di pertengahan Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu (juga dikenali sebagai Jalan Pantai) menjadikan LeBEST mudah dicari kerana mempunyai faktor ketersampaian yang tinggi. Hal ini juga disebabkan LeBEST berada di kawasan pelancongan terutamanya Terengganu International Equestrian Park (TIEP) yang terletak bersebelahan. Selain itu banyak hotel berada berhampiran LeBEST antaranya Sutra Beach Resort, Merang Suria Resort dan Aryani Hotel & Resort

PELANCARAN BLOG

Hari ni maka dengan rasminya Blog Panitia ini dirasmikan. Tujuan utama blog ini dibina adalah sebagai tempat untuk perkongsian pintar subjek Geografi bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam arus pendidikan yang globalisasi kini. Diharap blog ini dapat membantu semua pelajar SMK Lembah Bidong (LeBEST) dan guru bertukar info, berkongsi maklumat dalam subjek ini. Wasalam.....